Salam, hai semua. Ada tak peminat kuih ini kat sini? Ada orang panggil kuih ini kuih donat kecik, kuih telinga keling tapi rase nye sama je. Nama Resepi Kuih kali ni ialah kuih Peneram Simple. Jom
kita cuba resepi ini, Selamat mencuba. Jangan lupa
share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Kuih Peneram Simple
Bahan-bahan Resepi Kuih Peneram Simple
2 beg tepung beras teratai/gajah
Tepung gandum segenggam
2 mangkuk Gula merah
1 mangkuk gula pasir
4 mangkuk Air biasa
*sukatan mangkuk taufu fa yang pendek.
Cara Cara Masak Resepi Kuih Peneram Simple
1. Masukkan air,gula pasir,gula merah masak sehingga pekat.
2. pastu
masukkn adunan gula td kedalam tepung gandum dan tepung beras.
3. Kacau adunan hingga sebati.
4. perap
kn adunan dlm 2-3 hari pada suhu bilik.( perap sehari pon boleh je) Jangan
lebih 3 hari, risau berkulat.
5. Canai adunan dan lekap kan mengikut acuan anda sendiri. nak petak 4 segi pon boleh.
6. Goreng dan hidangkan.
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!