Salam, hai semua. hari ini saya nak
share satu resepi tradisional yang ringkas iaitu , Resepi Kuih Pulut Panggang Simple. Jom kita cuba resepi ini, Selamat mencuba. Jangan lupa
share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Kuih Pulut Panggang Simple
Bahan-bahan Resepi Kuih Pulut Panggang Simple
1) 500 gram beras pulut( ditoskan)
2) 1 ½ cawan pati santan
3) 1 helai daun kunyit
4) 23
sudu makan minyak jagung
5) 90 gram udang kering (direndam,dibersihkan dan ditumbuk)
6) 2 tangkai lada merah
7) 10 ulas bawang merah
8) ½ sudu lada sulah
9) 4 biji buah keras
10) 1 ulas bawang putih
11) ½ biji kelapa parut (tumbuk separa halus)
12) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
13) 2 helai daun pandan
14) 1 sudu makan garam
15) 2.5 cm kunyit hidup
16) 1 sudu makan ketumbar (goring tanpa minyak)
17) 1 sudu belacan (dibakar)
18) ½ sudu makan gula pasir
19) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
20) Lidi untuk sematan
Cara Cara Masak Resepi Kuih Pulut Panggang Simple
1) Masuk dan gaul pulut,santan,daun kunyit,daun pandan dan ½ sudu garam di dalam loyang. Kukus hingga pulut masak. Pastikan pulut tidak terlalu kembang. Keluarkan daun dan ketepikan pulut.
2) Panaskan minyak atas api yang sederhana dan gorengkan bahan tumbuk selama 3 minit.
Masukkan kelapa dan kacau sehingga kering jangan sampai hangus. Masukkan garam, kacau dan angkat. Sejukkan.
3) Bubuh sedikit pulut di atas daun pisang.Bentukkan supaya menjadi gulungangulungan leper sepanjang 13 cm.
4) Masukkan inti dengan sama rata,dan gulung ketat-ketat untuk membungkusnya. Sematkan bungkusan itu dengan lidi.
5) Panggang pulut dia atas api arang yang perlahan selama ½ jam, dengan membalik- baliknya selalu.
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!