Salam, hai semua. hari ini saya nak
share satu resepi tradisional yang ringkas iaitu , Resepi Kuih Kole Kacang Simple. Jom kita cuba resepi ini, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Kuih Kole Kacang Simple
Bahan-bahan Resepi Kuih Kole Kacang Simple
Bahan A:
400gram gula merah
100gram gula halus
300ml air
1 helai daun pandan
Bahan B:
300gram tepung kacang hijau
1tsp garam
400ml santan pekat
1300ml air
Cara Cara Masak Resepi Kuih Kole Kacang Simple
1. Masak bahan2 (A) sehingga mendidih hingga gula hancur, tapiskan menjadi 500ml ( jgn sampai air gula pekat).
2. Satukan bahan (B), kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.
3. Masukkna bahan (A) ke dalam bancuhan (B), kacau diatas api sederhana
besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk.jgn terlebih pekat sgt
nanti jadi kuih plastik(Masukkan 1 ½ tbsp minyak supaya berkilat).
4. Bila masak tuang kedalam loyang yang telah dilapik kertas & disapu marjerin.
5. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.
Bahan buat tahi minyak:
300ml santan pekat + 1/8tsp garam
Cara-cara:
Dimasak dengan api perlahan hingga menjadi tahi minyak & warna
kekuningan, tapis supaya tahi minyak tidak hitam & tabur di atas
kertas). Minyaknya jangan dibuang, guna 11/2 tbsp masuk ke dalam adunan
supaya berkilat.
Tips:
Masak adunan kuih koleh
kacang selama 40 minit guna api sederhana je. Sentiasalah di kacau
supaya adunan tak bergentel Bila dah siap, tutupkan api dan tuangkan dlm
loyang yg telah di gris dgn minyak/marjerin. Taburkan tahi minyak
ketika masih panas lagi.
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!