Salam, hai semua.. hari ini saya
share lagi resepi untuk ibu berpanta
ng atau ibu yang baru lepas bersalin, hari ini kita share Resepi Ikan Singgang Ala Berpantang. Jom kita cuba resepi ini, Ala, untuk orang
bukan berpantang pon boleh cuba juga kan. ok la..Selamat mencuba.
Jangan lupa
share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Ikan Singgang Ala Berpantang Simple
Bahan-bahan Resepi Ikan Singgang Ala Berpantang Simple
4 ekor ikan selar kuning
2 bawang Putih
3 biji bawang merah
1inci halia
Air
Asam keping
Garam
2 biji lada besar
Lada Hitam
Cara Cara Masak Resepi Ikan Singgang Ala Berpantang
-
Bersihkan bahagian ikan selepas itu letak dalam periuk yang berisi
sedikit air (air bergantung pada individu nak kuah banyak isi banyak )
- Hiris bawang putih, merah dan halia letakan kedalam periuk tadi
- Potong lada besar dibuang biji campurkan dalam periuk dan letak
sedikit lada hitam untuk rasa (terpulang nak lada merah atau hijau)
- Rebus sehingga ikan masak dan campurkan garam.. hidangkan.
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!