Salam, Hai semua, ok Hari ini saya nak share lagi satu resepi
tradisional turun temurun kita iaitu, Resepi Lepat Pisang. Ini satu
lagi resepi yang sangat simple yang menggunakan sukatan cawan je. Rugi kalau
tak cuba.
Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Lepat Pisang Sukatan Cawan Simple
Bahan-bahan Resepi Lepat Pisang Sukatan Cawan Simple
2 cawan pisang, yang sudah dilecek
1/4 cawan gula putih
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 keping gula melaka atau nisan (sejenis gula yang bulat dan nipis)
1/4 cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam
Cara Cara Masak Resepi Lepat Pisang Sukatan Cawan Simple
- Panaskan periuk kukus.
- Parut halus gula melaka supaya senang digaul rata bersama-sama bahan lain nanti.
- Gaul sekata pisang yang dilecek bersama gula putih, gula melaka,
tepung gandum, tepung beras, kelapa parut dan garam. Ketepikan atau
rehatkan adunan seketika.
- Bersihkan daun pisang dan layurkan di atas api sehingga layu sedikit.
- Potong daun pisang anggaran 1 1/2 lebar tapak tangan.
- Sudukan adunan sebanyak 3 sudu dan lipat sisi daun pisang ke atas dan kemudian lipat pula satu bahagian tepi.
- Tegakkan supaya bahagian lipatan tadi berada di bawah dan lipat bahagian yang satu lagi dengan kemas.
- Susun di dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
.
Tips:
Jika tak ada gula nisan atau gula melaka keping, boleh juga digunaka gula melaka berbentuk silinder, dalam anggaran 1/3 ketul..
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!