Hari ini saya leka tgk rancangan korea saja, dari running man, sampai la ke drama korea. Bila time nak update blog terus teringat satu resepi muffin atau cupcake yang terkenal dari korea. Resepi ini di panggil Hokkaido Cupcake Gebu Berkrim Simple yang sangat mudah. Bahan
yang senang didapati dan pastinya cupacke ini gebu, berkrim dan amat sedap sekali Jangan lupa
try ye resepi
ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)
Resepi Hokaido Cupcake Simple Sukatan Cawan
Bahan-bahan Hokaido Cupcake Simple :
Bahan A
3 biji kuning telur gred A
20g gula kastor/gula halus
35g minyak jagung
60ml susu segar
1 sudu kecil esen vanila
15g tepung jagung/tepung kastad *
55g tepung gandum *
secubit garam*
Bahan B
3 biji putih telur gred A
30g gula kastor
1/2 sudu kecil cream of tartar - optional
Bahan C (Krim Kastad)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
Cara-Cara Membuat Hokaido Cupcake Simple :
Cara-cara Membuat kek :
1. Panaskan oven suhu 170. Ayak bahan yang bertanda * dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor/gula halus dan pukul sehingga berkrim.
3. Masukkan esen vanila, susu segar dan minyak jagung. Kacau sebati. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan.
4. Pukul bahan B hingga bertanduk @ meringue ( terbalikkan tak jatuh ). Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata.
5. Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh. Bakar selama 20minit atau sehingga masak.
6. Penyediaan krim kastad - Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga tidak berketul.
7. Masak sehingga pekat.Bila dah sejuk paipkan ke dalam cupcakes menggunakan nozel. Siap dihidang.
P/s : resepi asal tepung adalah 70g tepung kek.. Jika tiada ayak 3/4 cawan tepung gandum + 1/4 cawan tepung jagung. Timbang semula dan guna pakai 70g shj untuk resepi nih.. Boleh juga guna tepung superfine yang biasa ada jual di bakery.Dalam pembuatan kek chiffon biasanya menggunakan sedikit tepung jagung untuk menambah kegebuan dan kelembutan kek.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!