Kali ni saya nak share biskut / cookies yang selalu orang buat, Resepi Biskut Chipmore Simple. Ianya sangat sesuai dihidangkan tak kira masa. Majlis kenduri, Hari raya, Minum Petang, Majlis hari jadi dan sebagainya. Boleh disimpan lama. Sangat senang dan simple sahaja. Biskut Chipmore Simple. Jangan
lupa
try n
share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Biskut Chipmore Simple
Bahan-bahan Biskut Chipmore Simple :
*500 gm tepung gandum
2 biji telur
250 gm mentega
50 gm shortening
115 gm gula halus
110 gm gula perang
100 gm choc chips (nak letak lebih pun boleh)
250 gm almond flake (nak letak kacang lain pun boleh)
*1 sk baking soda
*1 sk baking powder
*2 sb susu tepung
Cara-Cara Memasak Biskut Chipmore Simple :
1) pukul mentega bersama gula halus hingga kembang.
2) masukkan telur dan pukul lagi.
3) ayak *
4) masukkan * yang telah diayak dan adun sebati.
5) masukkan badam dan gaul rata. Rehatkan setengah jam.
6) bulat dan leperkan dan letak coklat chip atau gaul. coklat chip
sekali dalam adunan, bulat dan leperkan. (buat besar2 skit macam saiz
chipsmore kat kedai tu).
7) bakar dlm oven dgn suhu 160c selama 15 minit.
Selamat mencuba - koleksiresepiemak.blogspot.com
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!