Pasti ramai peminat ketam kat sini kan. Bila dah beli ketam mesti banyak resepi yang singgah di kepala. Jangan susah hati. Hari ni, kite nak share salah satu resepi yang boleh di masak menggunakan menu ketam. Resepi ketam masak lemak nenas. Satu menu yang mudah dan simple untuk dicuba, Sangat sesuai untuk hidangan seisi keluarga, Jangan lupa try ye resepi
ni ye. :-)
Resepi Ketam Masak Lemak Nenas
Bahan-bahan Ketam Masak Lemak Nenas
4 Ekor Ketam (saiz sederhana)
½ biji nenas
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
½ inci kuntit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili api
1 biji santan
garam secukup rasa
Cara-Cara Memasak Ketam Masak Lemak Nenas
1. Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan kunyit hidup di blender hingga hancur.
2. Ketam yang telah dibersihkan dibelah dua dan masukkan ke dalam periuk. Nenas yang telah dibersihkan dipotong kecil-kecil dan dimasukkan kedalam periuk.
3. Masukkan bahan yang telah diblender tadi bersama dengan 2 batang serai yang telah diketuk ke dalam periuk berisi nenas dan ketam tadi. Kemudian tutup periuk dan buka api dengan perlahan.
4. Setelah air dari bahan yang diblender dan ketam serta nenas tadi hampir kering barulah dimasukkan santan. Kacau dan setelah ia mendidih barulah dimasukkan garam serta serbuk perasa secukup rasa. Didih kan sebentar sahaja dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!