Bila tengah hari mesti tekak kita rasa nak makan aiskrim kan. Yela dengan cuaca yang panas, bila makan aiskrim, baru la terasa kedinginan sikit kan. tapi masalah nye, kita ni mengidam aiskrim tak tentu masa, malam-malam pun teringin nak makan aiskrim. Jadi hari ni kite nak share resepi aisrkim yang sangat mudah dan sedap untuk di cuba. Jom kita
buat resepi Aiskrim Chocolate Minty Simple dan mudah. Sedap taw, jom kita try.
Resepi Aiskrim Chocolate Minty Simple
Bahan-bahan nya :
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan dairy whipping cream
2/3 cawan susu pekat manis
2 1/2 sudu besar serbuk koko - diayak supaya tidak bergentel
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan badam cincang - disangar
8 keping biskut Oreo - dipotong kecil tanpa buang krim
3/4 sudu kecil esen mint (pudina)
pewarna hijau secukupnya
1/8 sudu kecil garam
Cara-Cara Memasak :
1. Satukan susu segar, whipping cream, susu pekat manis, esen vanila & garam. Pukul hingga pekat & bertanduk.
2. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Sebahagian dicampur serbuk koko & sebahagian lagi dicampur esen mint & pewarna hijau. Sebatikan.
3. Setelah sebati, bahagian coklat dicampur dgn badam cincang, gaul rata. Bahagian mint dicampur dgn biskut Oreo, gaul rata.
4. Bubuh kedua-dua adunan mengikut kreativiti anda, boleh bubuh selapis-selapis atau selepuk-selepuk kedalam acuan atau bekas kemudian ditutup.
5. Masuk kan kedalam freezer sekurang-kurangnya 6 jam atau sehingga ice cream mengeras (ikut suhu freezer masing-masing) sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!